Monday, September 7, 2009

Bab 9 : 2 Hamzah Daripada 2 Kalimah

· Bab ini menceritakan 2 hamzah berbaris fathah dan dua hamzah berbaris dommah جاء أمرنا 2 hamzah berbaris kasrah هؤلاء ان.
o Bazzi bersepakat dengan Abu ‘Amru atas gugur hamzah yang pertama daripada 2 fathah contohnya جاء أحدكم bersamanya 2 harkat dan 4 harkat pada aliff yang sebelumnya.
o Qalun dan Bazzi pada 2 hamzah yang kasrah tashil di antara hamzah dan Ya’ contohnya هؤلاء ان .
o Qalun dan Bazzi pada hamzah yang pertama daripada 2 hamzah yang dommah tashil di antara hamzah dan wau contohnya اولياء أءلئك .
o Qalun dan Bazzi tukar hamzah yang pertama dan wau, kemudian idgham padanya wau yang pertama yang sebelumnya بالسوء الامارحم ربي . Maka jadilah kalimah sepertinya بالسوالا dan setengah yang lain tashil hamzah yang pertama di antara 4 harkat wau sebelumnya @ 2 harkat.
· Qunbul pada hamzah yang kedua daripada 2 hamzah sama baris pada harkat dari 2 kalimah pada 3 jenis yang disebut padanya 2 wajjah :
1. Mengekalkan hamzah yang pertama dan tashil hamzah kedua.
2. Mengekalkan hamzah yang pertama dan tukar hamzah yang kedua dengan huruf mad, apabila keduanya fathah tukar dengan aliff, jika kasrah hamzah keduanya tukar dengan ya’, dommah tukar dengan wau, jika selepas hamzah kedua bertemu dengan baris sukun dibaca dengan 6 harkat جاء أمرنا, jika selepas hamzah kedua bertemu huruf berbaris dibaca dengan dua harkat sahaja.
o Adapun Qunbul pada جاءءل pada yang diebut pada tiga wajjah :
1. Tashil hamzah kedua bersama pendek aliff yang selepasnya.
2. Tukar hamzah yang kedua kepada aliff di mad dengan 2 harkat @ 6 harkat.

· Huruf mad apabila terletak sebelum hamzah tidak dengan ditashil seperti mana Bazzi pada hamzah yang pertama daripada 2 baris kasrah @ 2 baris dommah, maka padanya 2 wajjah iaitu 4 harkat dan 2 harkat.
o Bazzi pada ayat حتى اذاجاء أمرنا dengan 2 wajjah iaitu 2 harkat mad munfasil bersama 2 dan 4 harkat huruf mad yang terletak pada sebelum hamzah melainkan dengan digugurkannya .
o Bazzi ada 2 wajjah pada ayat هولاء ان iaitu 2 harkat pada mad munfasil dan 4 harkat, 2 harkat huruf mad yang terketak sebelum hamzah melaikan dengan tashil pada 2 jenis sebutan.


· Ahli Sama’ termasuk Ibnu Kathir pada hukum 2 hamzah dari 2 kalimah, maka mereka mentashil hamzah yang kedua pada 2 jenis iaitu :
1. Hamzah pertama fathah hamzah kedua kasrah تفي ءالى. Tashil hamzah kedua di antara hamzah dan ya’.
2. Hamzah yang pertama fatha dan ahmzah yang kedua dommah جاء أمة. Tashil hamzah kedua di antara hamzah dan wau.
o Kemudia Ahli Sama’ termasuk Ibnu kathir tukar hamzah kedua pada 2 jenis ayat iaitu :
1. Hamzah pertama dommah dan hamzah kedua fathah السفهاء ألا .
2. Hamzah pertama kasrah dan hamzah kedua fathah من السماء او .

No comments:

Post a Comment