Monday, September 7, 2009

Bab 8 : Dua Hamzah Daripada Satu Kalimah.

· Apabila bertemu 2 kalimah hamzah khoto’ pada satu kalimah hamzah yang pertama mesti berbaris fathah dan hamzah kedua
o Pada fathah : ءأنذرتهم
o Pada kasrah : أئذا
o Pada dommah : أؤنبئكم
· Pada Ahli Sama’ termasuk Imam Ibnu Kathir mentashilkan hamzah yang kedua di antara hamzah dan di antara huruf-huruf yang berbaris
o Fathah tashil di antara hamzah dengan aliff : ءأنذرتهم
o Kasrah tashil di antara hamzah dengan ya’ : أئذا
o Dommah tashil di antara hamzah dengan wau : أؤنبئكم
· Baki qura’ termasuk Ibnu Kathir pada kalimah ءاعجمى وعربى mengekalkan pada hamzah yang pertama dan tashil pada hamzah yang kedua.

- Ibnu Kathir tambah hamzah pada lafaz أذهبتم طيبتكم dengan menjadikan pada kalimah itu dengan dua hamzah iaitu أأذهبتم طيبتكم.
· Dan pada bacaan lain , Ibnu Kathir mengekalkan pada hamzah yang pertama dan tashil pada hamzah yang kedua dan pada kalimah أن يؤتى أحد مثل ما أوتيتم juga Ibnu Kathir tambah hamzah mengekalkan hamzah pertama dan tashil hamzah kedua.

- Pada kalimah قال ءامنتم له semua qura’ bersepakat termasuk Ibnu Kathir tukar hamzah ketiga aliff yang wajib padanya dan pada mad badal kemudian pada mazhabnya selepas pada hamzah yang pertama dan kedua.
· Adalah gugur qunbul pada hamzah pertama pada surah Toha آمنتم.
· Dan qunbul pada surah Al-Mulk dengan menukarkan pada hamzah yang awal dalam keadaan yang sambung pada surah Al-A’raff bersama tashil pada hamzah yang kedua.
· Apabila waqaf pada kalimah Firaun dan permulaan kalimah قال فرعون ءآمنتم mengekalkan hamzah pertama dan tashil hamzah kedua.

- Apabila jatuh hamzah wasal di antara Lam Ta’rif dan hamzah khoto’ bagi semua qura’ termasuk Ibnu Kathir tukar hamzah wasal pada huruf mad yang panjangnya 6 harkat.
· Harus tashil hamzah wasal di antara contohnya آلان.

- Masuk aliff yang dipanjangkan dengan qadar 2 harkat di antaranya 2 hamzah yang berbaris fathah dan kasrah.
- Baki qura’ termasuk Ibnu Kathir memasukkan di antara hamzah fathah dan hamzah dommah.

No comments:

Post a Comment