Monday, September 7, 2009

Bab 7 : Mad Dan Qasar

Mad Pada Bahasa Ialah Menambah. Pada Istilah Pula Ialah Memanjangkan Suara Dengan Huruf Mad Apabila Bertemu Hamzah Atau Sukun.Huruf Mad Ada 3 :
1) Alif Yang Sukun Sebelumnya Huruf Berbaris Fathah
2) Wau yang Sukun Sebelumnya Huruf Berbaris Dommah
3) Ya’ Yang Sukun Sebelumnya Huruf Berbaris Kasroh( ا,و,ي )
Mad Terbahagi Kepada 2 :
1) Mad Asli
2) Mad Far'i
* Mad Asli Adalah Mad tabi'i Yang Tidak Berhimpun Sekali Dengan Hamzah Atau Sukun.Dipanjangkan Dengan Kadar 2 Harakat.
* Mad Far'i iaitu Huruf Mad Yang Berhimpun Dengan Hamzah Dan Sukun. Terbahagi Kepada 3 Bahagian :
1) Mad Al-Munfasil= Iaitu Huruf Mad Yang Berada Pada Akhir kalimah & Hamzah Pada Menjadi Huruf Yang Pertama Selepasnya. [ Huruf Mad Bertemu Dengan Hamzah Dalam 2 Kalimah ]Hukum Mad Munfasil Ini Adalah 2 harkat bagi imam ibnu kathir.

2) Mad muttasil

= iaitu huruf mad bertemu huruf mad dan huruf hamzah dalam satu kalimah.

Hukum mad muttasil wajib dipanjangkan bagi imam ibnu kathir 4 dan 5 harkat.

3) Mad badal

=dinamakan dengan mad badal kerana asalnya kalimah mempunyai 2 hamzah.
Hamzah yang pertama berbaris dan hamzah yang kedua sukun.Maka diibdalkan
hamzah yang kedua daripada hamzah yang berbaris.

hukumnya semua qurab termasuk ibnu kathir baca 2 harkat.
*MAD YANG BERTEMU DENGAN SUKUN.

Mad fari’ yang bertemu dengan huruf sukun terbahagi kepada 2?

1) Sukun asli
2) Sukun a’rid(yang mendatang)

SUKUN ASLI:Iaitu menjumpai pada ketika wasal dan waqaf adalah dengannya mad lazim(yakni mad sebelumnya sukun).

MAD LAZIM terbahagi kepada 2:

1) Mad lazim kalimi
2) Mad lazim harfi

MAD LAZIM KALIMI : Iaitu datang selepas huruf mad sukun lazim ketika sambung dan
berhenti pada kalimah yang satu dan terbahagi kepada 2:

1) Musakhkhol
2) Mukhaffaf

Musakhkhol:apabila datang selepas huruf mad,huruf mad yang bertashdid(bersabdu)

Contoh :ولاالضآلين الحآقة

Mukhaffaf : Apabila datang selepas huruf mad yang sukun sahaja pada kalimah آلآن
Pada 2 tempat dalam Surah Yunus.

Hukum mad lazim 6 harkat disisi semua qura’ termasuk Imam Ibnu Kathir ketika sambung dan berhenti.

SUKUN A’RID:sukun yang mendatang ketika waqof terbahagi kepada 2 wajah:

1) 4 harkat
2) 6harkat

Tidak disebut dengan 2 harkat kerana kesal kekeal ketika sambung dan berhenti bagi semua qurob maka ini dinamakan mad a’rid lilsukun.baginya semua qura’ baca dengan 2,4,6 harkat.


MAD LAZIM HARFI: Terbahagi kepada 2

1) Mad lazim harfi musakhkhol
2) Mad lazim harfi mukhaffaf

Mad lazim harfi musakhkhol:apa yang datang padanya selepas huruf mad huruf yang
Bersabdu.
Contohnya : الّم ,طسم

Mad lazim harfi mukhaffaf : Apa yang datang selepas huruf mad huruf yang mati sahaja.
Contoh : ن ,ق, حم

Daripada AIN 2 wajah yang panjangnya lebih afdal.
Huruf AIN pada awal surah maryam كهيعص dan awal surah As-Syura حم عسق padanya ada 2 wajah bacaan.

1) Dengan kadar 4 harkat bagi huruf ain padanya huruf lin.
2) 6 harkat,mad ini lebih afdal daripada 4 harkat bagi semua qura’ termasuk Imam Ibnu Kathir.

Pada surah طه memendekkan jika tidak ada sukun.

- sesungguhnya huruf yang sempurna(طه)iaitu ada 5 huruf jika dihimpunkan.حى طهر padanya pendek sahaja.Dengan kadar 2 harkat bagi semua qura’ termasuk Imam Ibnu Kathir kerana huruf hijaiyah daripada طه atas 2 huruf.

Pada alif daripada huruf nad yang memanjang:

- Sesungguhnya aliff pada pembukaan surah tidak panjang selamanya kerana tidak pertengahannya huruf mad.

Datang pada mim pada awal surah ال عمران daripada (الم الله) ketika sambung ada 2 wajah:

1) 6 harkat atas mad yang asal.
2) Memanjangkan dengan kadar 2 harkat bagi mim berbaris dengan fathah bertemu ro dengan 2 sukun bagi semua qura’ termasuk Imam Ibnu Kathir.

Contoh:الم احسب bagi qura’ termasuk Imam Ibnu Kathir baca dengan 6 harkat.

HUKUM MAD LIN ADA 2 BAHAGIAN:

1)Mad lin mahmuz
2)Mad lin ghoi ro mahmuz

Mad lin mahmuz:Iaitu ia datang ي @ و mati sebelumnya huruf berbaris fathah dan selepasnya huruf hamzah.

Contoh:كهيئة شيئا السوء سوءة شي ء

Pada mad lin mahmuz dengan syarat hamzah diakhir kalimah,contohnya: لسوء كهيئة دائرة . bagi Qura’ termasuk Imam Ibnu kathir ketika waqaf baginya 2 wajah:

1) Mad Ishba’(6 harkat)
2) Tawasit(4harkat)



No comments:

Post a Comment