Monday, September 7, 2009

Bab 20 : Hukum Nun Sakinah Dan Tanwin



1) Ahli Qura’ bersepakat dengan mengidghamkan huruf النون yang sukun dengan huruf (ينمو) iaitu huruf Idgham Ma’al Ghunnah.

2) Hamzah mengidghamkan huruf النون yang sukun dan tanwin dengan huruf الواو dan الياء iaitu huruf Idgham Bila Ghunnah.

3) Syaratnya untuk mengidghamkan huruf النون yang sukun,ianya perlu berada di akhir kalimah dan huruf daripada huruf-huruf idgham berada di awal kalimah yang kedua.Jika berada pada satu kalimah.ianya mestilah diizharkan kerana ianya dipanggil Izhar Mutlak iaitu pada 4 kalimah berikut :

- دنيا

- بنيان

-قنوان

- صنوان

4) Semua Ahli Qura’ termasuk imam ibnu kathirbersepakat:-Mengizharkan huruf النون yang sukun apabila bertemu dengan huruf الياء dan الواو pada satu kalimah.-Mengizharkan huruf النون yang sukun apabila bertemu dengan huruf-huruf halqi yang 6 iaitu (ء)(ح)(ع)(غ)(خ)dan(ه)

- Membaca idgham dan ikhfa’ apabila huruf النون yang sukun dan tanwin bertemu dengan huruf الباء iaitu huruf Iqlab.Pada tempat tersebut akan diletakkan huruf ميم yang kecil.-Pada hukum Iqlab cara membacanya iaitu dengan dibuka sedikit di antara bibir apabila diidgahamkan.

- Ihkfa’ dibaca apabila huruf النون yang sukun dan tanwin bertemu dengan 15 huruf yang baki daripada huruf sebelum ini.Ianya juga dinamakan Ihkfa’ hakiki.

1) Bersepakat semua qurra’ mengidghamkan nun sakinah dan tanwin tanpa dengung pada ل dan ر Contoh:


- هدى للمتقينولكن لا يعلمون

- غفوررحيم

- من رزق ربكم


2) Bersepakat semua qurra’ mengidghamkan nun sakinah dan tanwin pada hurufم ,و ,ي dan ن serta dengung.Contoh:


-وجوه يومنذ

- من يعمة

- يومئذ نادرة

- من مال الله


3) Khilaf oleh Kholat dan Hamzah mengidghamkan nun sakinah dan tanwin tanpa dengung pada و dan ي.4) Syarat idgham nun sakinah:-Di akhir kalimah.-Huruf idgham di awal kalimah yang ke dua.

5) Wajib izhar apabila berhimpun dalam satu kalimah.Namanya ialah izhar mutlak.

Contoh :

- دنيابنيان

- قنوان

- صنوان


6) Diizharkan nun sakinah apabila berhimpun nun sakinah bersama و atau ي dalam satu kalimah dua huruf yang sama.


7) Bersepakat semua qurra’ mengizharkan nun sakinah dan tanwin ketika bertemu kedua-duanya daripada huruf halqi iaitu:ح,خ,ع,غ,ه,ء


8) Bersepakat semua qurra’menukarkan nun sakinah dan tawin kepada م ketika bertemu ب serta menjaga ghunnah dan ikhfa’.Contoh:

- من بيت أيديهم

- انبؤنى


9) Sahih pada menyebut iqlab membuka sedikit diantara 2 bibir mulut pada ikhta` syafawi dalam م sakinah bertemu ب Contoh :

- أليهم بهدية

10) Bersepakat qura` yang 7 mengitifa`kan nunsakinah dan tanwin serta menjaga ghunnah ketika bertemu kedua-duanya daripada baki huruf hijaiyah dan jumlahnya lima belas.

No comments:

Post a Comment