Wednesday, October 28, 2009

Tuesday, September 8, 2009

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Buat pertama-tama dan selama-lamanya,marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya serta selawat keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan.Dikesempatan yang ada ini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami yang dicintai iaitu Ustaz Zaki Bin Abdul Hamid yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan sepanjang tempoh menyiapkan blog ini. Terima kasih juga diatas sokongan moral yang Ustaz berikan. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalasnya. Tidak kami lupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak berkongsi idea mencurahkan pendapat semasa proses menyiapkan blog ini. Tanpa kerjasama yang kalian berikan mana mungkin kami dapat menyempurnakan blog ini. Setelah siapnya blog ini, kami lebih mengenali Imam Ibnu kathir dengan lebih mendalam dan memahami cara bacaan beliau.

Akhir kata, kami ingin merakamkan sekali lagi penghargaan kepada individu yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekian terima kasih. Wassalam…

Biodata Imam As-Syatibiah

BIODATA IMAM AS-SYATIBI

NAMA : Abul Qasim Bin Fuyyirah Bin Kholaf Bin Ahmad As-Syatibi Ar-Raa'ini Al-Andalusi.

Tempat Lahir : Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Syathobah,sebuah kampung dari kampung-kampung di Andalus.

Makam : Imam Syatibi meninggal dunia pada 28 Jamadil akhir tahun 590 Hijrah. Beliau di makamkan di Jabal Muqattam di Kaherah.

Biodata Imam Ibnu Kathir

Biodata Imam Ibnu Kathir

Biodata Imam :
- Nama : Abdullah Bin Kathir Bin Amru Bin Abdullah Bin Zazan Bin Fairuz Bin Harmuz.
- Tarikh Lahir : 40H di Mekah.
- Tahun Wafat : 120H di Mekah.
- Kinayah : Abu Ma’bud.
- Sifatnya :
· Berbadan tegap dan tinggi.
· Berkulit hitam manis.
· Bermata biru.
· Fasih dan pandai berkata-kata.
- Anak Muridnya : Mempunyai ramai anak murid , anak muridnya yang masyhur iaitu Bazzi dan Qunbul
Biodata Rawinya :

Al-Bazzi
- Nama : Ahmad bin Muhammad Bin Abdullah Bin Al-Qasim Bin Nafi’ Bin Abi Bazah.
- Tahun Lahir : 170H Di Mekah.
- Tahun Wafat : 250H ketika berusia 80 tahun di Mekah.
- Kinayah : Al-Bazzi Abu Al-Hassan.
- Sifat-sifatnya :
· Di antara yang terawal meriwayatkan qiraat Ibnu Kathir.
· Di antara perawi Ibnu Kathir yang termasyhur.
· Rawi yang terbaik dan boleh dipercayai.
· Rawi yang dhobit yang merangkumi ingatan dan penulisan.
· Menjadi muazzin dan imam di Masjidil Haram selama 40 tahun.




Qunbul
- Nama : Muhamad Bin Abdul Rahman Bin Khalid Bin Muhamad Bin Said Al-Mahzumi Al-Makki
- Tahun Lahir : 195H di Mekah.
- Tahun Wafat : 291H ketika berusia 96 tahun di Mekah.
- Nama Kedua : Abu Amru
- Gelaran : Qunbul
- Sifat-sifatnya :
· Seorang yang dhobit dan diyakini di dalam qiraat Ibnu Kathir
· Terkenal dengan akhlak yang mulia
· Seorang yang bertakwa dan berpegang kuat dengan hukum agama

Muqaddimah

بسم الله الرمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


الحمد لله الذي انزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا, والصلاة والسلام على من بعثه الله بالهدى واليقين فكان للناس رحمة وفرجا, ورضي الله عن صحابته وال بيته وتبعيه الذين كانوا للناس اءمة وسرجا.

ونشهد ان لا اله الله وحده لاشريك له ونشهد ان سيدنا محمدا عبده ورسوله صلوات الله وسلامه عليه, بلغ الرسالة وادى الاءمانة نصح الاءمة وجاهد في الله حق جهاده فتح الله به عميا واذانا صما وقلوبا غلفا فالذين امنوا به وعزره ونصروه واتبعوا النور الذين انزل معه هم المفلحون

اما بعد




ALLAH S.W.T Berfirman Dalam Al-Quran

ولقد يسرنا القران للذكر فهل من مدكر


"Dan Demi Sesungguhnya Kami Telah Memudahkan Al-Quran Untuk Menjadi Peringatan Dan Pengajaran Maka Adakah Sesiapa Yag Mahu Mengambil Peringatan Dan Pelajaran Daripadanya."

Bab 1 : Isti'azah

ISTI`AZAH

TAKRIF:

  • Bahasa : Berlindung
  • Istilah : Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan penjagaan Allah kepada diri kita daripada syaitan yang di laknat

SUMBER LAFAZ ISTI`AZAH:

  1. Lafaz isti`azah yang mudah lagi ringkas terdapat di dalam Al-Quran yang mulia iaitu di dalam surah An-Nahli.
  2. Terdapat sepotong Hadis, seorang sahabat Rasulallah S.A.W.yang terkenal iaitu Hadrat Abi Said Al-Kudri r.u. bahawa beliau telah mendengar Rasulallah membaca lafaz isti`aazah yang terdapat penambahan pada kalimah isti`azah .

(Diriwayatkan oleh imam Abu Daud rah.)

CARA MEMBACA ISTI`AZAH :

Menurut Imam Nadzim rah. lafaz isti`azah di baca ketika membaca Al-Quran tidak kira di permulaan surah ataupun di pertengahan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang mulia .

Kesemua Imam Qurra’ membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan Al-Quran.

Terdapat pelbagai lafaz isti`azah yang diharuskan dalam membacanya,diantaranya :

  1. Lafaz yang diajar oleh Malaikat Jibril A.S kepada Rasulallah S.A.W. yang bermaksud:

"aku berlindung diri kepada Allah Azza Wajalla daripada syaitan yang direjam"

2. Lafaz yang diambil daripada Hadis Rasulallah S.A.W. yang mana lafaz ini juga digemari oleh segolongan ulama’ salaf yang bermaksud:

"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T.yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam "

3. Lafaz yang diambil daripada Hadis Rasulallah S.A.W. yang bermaksud :

"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T. agar mendapat keampunan yang Maha Agong daripada azabnya yang amt pedih dan daripada tipu daya syaitan , sesungguhnya dialah (Allah) yang Maha Mendengar lagi Maha Mengatahui "

KEADAAN-KEADAAN MEMBACANYA:

Salah seorang daripada Imam-Imam Qurra` iaitu Imam Hamzah membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan surah Al-Fatihah tetapi membaca dengan suara yang perklahan pada surah yang lain yang di dalam AL-Quran yang mulia . Selain itu Imam Nafi’ yang juga merupakan salah seorang Imam-Imam Qurra’ , membaca lafaz isti`azah dengan suara yang perlahan pada keseluruhan surah yang terdapat di dalam Al-Quran.

TEMPAT YANG DI SUNATKAN MEMBACANYA DENGAN PERLAHAN :

1. Ketika membaca berseorangan diri ataupun dikhalayak ramai.

2. Di dalam sembahyang fardu mahupun nafil tidak kira siang mahu pun malam, berseorangan ataupun berjemaah.

3.ketika diwaktu pertengahan pembacaan tadarus Al-Quran secara berjemaah.

Selain dari tempat-tempat yang di sebutkan di atas, pembacaan lafaz isti`azah boleh dibaca dengan nada yang kuat .

PEMBACAAN LAFAZ ISTI`AZAH DENGAN BASMALAH DAN DI AWAL SURAH :

Terdapat 4 cara yang telah diamalkan oleh Imam-Imam Qurra’ iaitu:

1.Berhenti pada lafaz isti`azah tanpa bersambung dengan lafaz basmalah dan awal surah.

2.Berhenti pada lafaz istiazah tetapi bersambung lafaz basmalah dengan awal surah.

3.Menyambung lafaz isti`azah dengan lafaz basmalah tetapi berhenti sebelum awal surah.

4.menyambung ketiga-tiganya sekali .

Bab 2 : Basmalah

TAKRIF BASMALAH

Basmalah ringkasan daripada kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

SUMBER

  • Lafaz basmalah terdapat di dalam mazhaf Al-Quran yang mulia iaitu dalam surah An-Naml pada ayat-30, yang bermaksud :

" Sesungguhnya ia (surah) daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) Bismillahir Rahmanir Rahim "

CARA MEMBACANYA

Pembacaan lafaz basmalah ketika hendak melakukan sesuatu pekerjaan yang baik adalah disunatkan lebih-lebih lagi ketika hendak membaca Al-Quran sama ada di permulaan surah atau di pertengahan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim.

Terdapat sepotong hadis yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

" Setiap perkara kebaikan (kebajikan) yang tidak digunakan dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim maka amalan tersebut akan terputus (daripada keberkatan)"

MEMBACA LAFAZ BASMALAH DI ANTARA 2 SURAH

Terdapat beberapa imam-imam Qurra’ berselisih pendapat mengenai pembacaan lafaz basmalah di antara 2 surah, iaitu :

  1. Imam Kholun, Kisaei, ‘Asim dan Ibnu Kasir bersependapat bahawa perlu membaca lafaz basmalah di antara 2 surah di semua surah yang terdapat di dalam mashaf Al-Quran melainkan surah Al-Anfal dan surah At-Taubah(hal ini kerana surah At-Taubah diturunkan ketika sedang berlakunya peperangan sedangkan semua surah yang lain diturunkan dalam keadaan aman).
  2. Imam Hamzah berpendapat bahawa tidak perlu membaca basmalah di antara 2 surah di atas sebab-sebab yang tertentu.
  3. Imam Ibnu ‘Amir, Warsy dan Abu ‘Amru bersependapat bahawa terdapat 3 jenis cara bacaan di dalam hal ini, iaitu :

(a) Membaca lafaz basmalah di setiap permulaan surah di dalam Al-Quran yang ‘Azim.

(b) Menyambung semua surah dalam Al-Quran tanpa membaca lafaz basmalah.

(c) Bersaktah(berhenti sekejap tanpa mengambil nafas yang baru) di antara 2 surah tanpa membaca kalimah basmalah.

Corak pembacaan bersaktah adalah lebih digunapakai oleh golongan yang dinyatakan di atas daripada 2 corak pembacaan yang lain.

Terdapat 4 tempat sahaja yang dibaca dengan bersaktah di dalam Al-Quran oleh imam Ibnu ‘Amir, Warsy, Abu ‘Amru dan Hamzah, iaitu :

  1. Di akhir surah Al-Muddasir, di awal surah Al-Khiamah.
  2. Di akhir surah Al-Infithor, di awal surah Al-Muthoffifin.
  3. Di akhir surah Al-Fajr, di awal surah Al-Balad.
  4. Di akhir surah Al-’Assr, di awal surah Al-Humazah.

CARA MENYAMBUNG BASMALAH DI ANTARA AWAL DAN AKHIR SURAH

Terdapat 3 jenis corak pembacaan kalimah basmalah di antara akhir dan di awal surah oleh imam Ibnu ‘Amir, Abu ‘Amru dan Warsy, iaitu :

  1. Berhenti pada setiap akhir surah dan akhir basmalah.
  2. Menyambung akhir surah degan basmalah tetapi berhenti sebelum awal surah.
  3. Menyambung ketiga-tiganya sekali.