Wednesday, October 28, 2009

Tuesday, September 8, 2009

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Buat pertama-tama dan selama-lamanya,marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya serta selawat keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan.Dikesempatan yang ada ini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami yang dicintai iaitu Ustaz Zaki Bin Abdul Hamid yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan sepanjang tempoh menyiapkan blog ini. Terima kasih juga diatas sokongan moral yang Ustaz berikan. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalasnya. Tidak kami lupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak berkongsi idea mencurahkan pendapat semasa proses menyiapkan blog ini. Tanpa kerjasama yang kalian berikan mana mungkin kami dapat menyempurnakan blog ini. Setelah siapnya blog ini, kami lebih mengenali Imam Ibnu kathir dengan lebih mendalam dan memahami cara bacaan beliau.

Akhir kata, kami ingin merakamkan sekali lagi penghargaan kepada individu yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekian terima kasih. Wassalam…

Biodata Imam As-Syatibiah

BIODATA IMAM AS-SYATIBI

NAMA : Abul Qasim Bin Fuyyirah Bin Kholaf Bin Ahmad As-Syatibi Ar-Raa'ini Al-Andalusi.

Tempat Lahir : Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Syathobah,sebuah kampung dari kampung-kampung di Andalus.

Makam : Imam Syatibi meninggal dunia pada 28 Jamadil akhir tahun 590 Hijrah. Beliau di makamkan di Jabal Muqattam di Kaherah.

Biodata Imam Ibnu Kathir

Biodata Imam Ibnu Kathir

Biodata Imam :
- Nama : Abdullah Bin Kathir Bin Amru Bin Abdullah Bin Zazan Bin Fairuz Bin Harmuz.
- Tarikh Lahir : 40H di Mekah.
- Tahun Wafat : 120H di Mekah.
- Kinayah : Abu Ma’bud.
- Sifatnya :
· Berbadan tegap dan tinggi.
· Berkulit hitam manis.
· Bermata biru.
· Fasih dan pandai berkata-kata.
- Anak Muridnya : Mempunyai ramai anak murid , anak muridnya yang masyhur iaitu Bazzi dan Qunbul
Biodata Rawinya :

Al-Bazzi
- Nama : Ahmad bin Muhammad Bin Abdullah Bin Al-Qasim Bin Nafi’ Bin Abi Bazah.
- Tahun Lahir : 170H Di Mekah.
- Tahun Wafat : 250H ketika berusia 80 tahun di Mekah.
- Kinayah : Al-Bazzi Abu Al-Hassan.
- Sifat-sifatnya :
· Di antara yang terawal meriwayatkan qiraat Ibnu Kathir.
· Di antara perawi Ibnu Kathir yang termasyhur.
· Rawi yang terbaik dan boleh dipercayai.
· Rawi yang dhobit yang merangkumi ingatan dan penulisan.
· Menjadi muazzin dan imam di Masjidil Haram selama 40 tahun.




Qunbul
- Nama : Muhamad Bin Abdul Rahman Bin Khalid Bin Muhamad Bin Said Al-Mahzumi Al-Makki
- Tahun Lahir : 195H di Mekah.
- Tahun Wafat : 291H ketika berusia 96 tahun di Mekah.
- Nama Kedua : Abu Amru
- Gelaran : Qunbul
- Sifat-sifatnya :
· Seorang yang dhobit dan diyakini di dalam qiraat Ibnu Kathir
· Terkenal dengan akhlak yang mulia
· Seorang yang bertakwa dan berpegang kuat dengan hukum agama

Muqaddimah

بسم الله الرمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


الحمد لله الذي انزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا, والصلاة والسلام على من بعثه الله بالهدى واليقين فكان للناس رحمة وفرجا, ورضي الله عن صحابته وال بيته وتبعيه الذين كانوا للناس اءمة وسرجا.

ونشهد ان لا اله الله وحده لاشريك له ونشهد ان سيدنا محمدا عبده ورسوله صلوات الله وسلامه عليه, بلغ الرسالة وادى الاءمانة نصح الاءمة وجاهد في الله حق جهاده فتح الله به عميا واذانا صما وقلوبا غلفا فالذين امنوا به وعزره ونصروه واتبعوا النور الذين انزل معه هم المفلحون

اما بعد




ALLAH S.W.T Berfirman Dalam Al-Quran

ولقد يسرنا القران للذكر فهل من مدكر


"Dan Demi Sesungguhnya Kami Telah Memudahkan Al-Quran Untuk Menjadi Peringatan Dan Pengajaran Maka Adakah Sesiapa Yag Mahu Mengambil Peringatan Dan Pelajaran Daripadanya."

Bab 1 : Isti'azah

ISTI`AZAH

TAKRIF:

  • Bahasa : Berlindung
  • Istilah : Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan penjagaan Allah kepada diri kita daripada syaitan yang di laknat

SUMBER LAFAZ ISTI`AZAH:

  1. Lafaz isti`azah yang mudah lagi ringkas terdapat di dalam Al-Quran yang mulia iaitu di dalam surah An-Nahli.
  2. Terdapat sepotong Hadis, seorang sahabat Rasulallah S.A.W.yang terkenal iaitu Hadrat Abi Said Al-Kudri r.u. bahawa beliau telah mendengar Rasulallah membaca lafaz isti`aazah yang terdapat penambahan pada kalimah isti`azah .

(Diriwayatkan oleh imam Abu Daud rah.)

CARA MEMBACA ISTI`AZAH :

Menurut Imam Nadzim rah. lafaz isti`azah di baca ketika membaca Al-Quran tidak kira di permulaan surah ataupun di pertengahan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang mulia .

Kesemua Imam Qurra’ membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan Al-Quran.

Terdapat pelbagai lafaz isti`azah yang diharuskan dalam membacanya,diantaranya :

  1. Lafaz yang diajar oleh Malaikat Jibril A.S kepada Rasulallah S.A.W. yang bermaksud:

"aku berlindung diri kepada Allah Azza Wajalla daripada syaitan yang direjam"

2. Lafaz yang diambil daripada Hadis Rasulallah S.A.W. yang mana lafaz ini juga digemari oleh segolongan ulama’ salaf yang bermaksud:

"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T.yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam "

3. Lafaz yang diambil daripada Hadis Rasulallah S.A.W. yang bermaksud :

"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T. agar mendapat keampunan yang Maha Agong daripada azabnya yang amt pedih dan daripada tipu daya syaitan , sesungguhnya dialah (Allah) yang Maha Mendengar lagi Maha Mengatahui "

KEADAAN-KEADAAN MEMBACANYA:

Salah seorang daripada Imam-Imam Qurra` iaitu Imam Hamzah membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan surah Al-Fatihah tetapi membaca dengan suara yang perklahan pada surah yang lain yang di dalam AL-Quran yang mulia . Selain itu Imam Nafi’ yang juga merupakan salah seorang Imam-Imam Qurra’ , membaca lafaz isti`azah dengan suara yang perlahan pada keseluruhan surah yang terdapat di dalam Al-Quran.

TEMPAT YANG DI SUNATKAN MEMBACANYA DENGAN PERLAHAN :

1. Ketika membaca berseorangan diri ataupun dikhalayak ramai.

2. Di dalam sembahyang fardu mahupun nafil tidak kira siang mahu pun malam, berseorangan ataupun berjemaah.

3.ketika diwaktu pertengahan pembacaan tadarus Al-Quran secara berjemaah.

Selain dari tempat-tempat yang di sebutkan di atas, pembacaan lafaz isti`azah boleh dibaca dengan nada yang kuat .

PEMBACAAN LAFAZ ISTI`AZAH DENGAN BASMALAH DAN DI AWAL SURAH :

Terdapat 4 cara yang telah diamalkan oleh Imam-Imam Qurra’ iaitu:

1.Berhenti pada lafaz isti`azah tanpa bersambung dengan lafaz basmalah dan awal surah.

2.Berhenti pada lafaz istiazah tetapi bersambung lafaz basmalah dengan awal surah.

3.Menyambung lafaz isti`azah dengan lafaz basmalah tetapi berhenti sebelum awal surah.

4.menyambung ketiga-tiganya sekali .

Bab 2 : Basmalah

TAKRIF BASMALAH

Basmalah ringkasan daripada kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

SUMBER

  • Lafaz basmalah terdapat di dalam mazhaf Al-Quran yang mulia iaitu dalam surah An-Naml pada ayat-30, yang bermaksud :

" Sesungguhnya ia (surah) daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) Bismillahir Rahmanir Rahim "

CARA MEMBACANYA

Pembacaan lafaz basmalah ketika hendak melakukan sesuatu pekerjaan yang baik adalah disunatkan lebih-lebih lagi ketika hendak membaca Al-Quran sama ada di permulaan surah atau di pertengahan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim.

Terdapat sepotong hadis yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

" Setiap perkara kebaikan (kebajikan) yang tidak digunakan dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim maka amalan tersebut akan terputus (daripada keberkatan)"

MEMBACA LAFAZ BASMALAH DI ANTARA 2 SURAH

Terdapat beberapa imam-imam Qurra’ berselisih pendapat mengenai pembacaan lafaz basmalah di antara 2 surah, iaitu :

  1. Imam Kholun, Kisaei, ‘Asim dan Ibnu Kasir bersependapat bahawa perlu membaca lafaz basmalah di antara 2 surah di semua surah yang terdapat di dalam mashaf Al-Quran melainkan surah Al-Anfal dan surah At-Taubah(hal ini kerana surah At-Taubah diturunkan ketika sedang berlakunya peperangan sedangkan semua surah yang lain diturunkan dalam keadaan aman).
  2. Imam Hamzah berpendapat bahawa tidak perlu membaca basmalah di antara 2 surah di atas sebab-sebab yang tertentu.
  3. Imam Ibnu ‘Amir, Warsy dan Abu ‘Amru bersependapat bahawa terdapat 3 jenis cara bacaan di dalam hal ini, iaitu :

(a) Membaca lafaz basmalah di setiap permulaan surah di dalam Al-Quran yang ‘Azim.

(b) Menyambung semua surah dalam Al-Quran tanpa membaca lafaz basmalah.

(c) Bersaktah(berhenti sekejap tanpa mengambil nafas yang baru) di antara 2 surah tanpa membaca kalimah basmalah.

Corak pembacaan bersaktah adalah lebih digunapakai oleh golongan yang dinyatakan di atas daripada 2 corak pembacaan yang lain.

Terdapat 4 tempat sahaja yang dibaca dengan bersaktah di dalam Al-Quran oleh imam Ibnu ‘Amir, Warsy, Abu ‘Amru dan Hamzah, iaitu :

  1. Di akhir surah Al-Muddasir, di awal surah Al-Khiamah.
  2. Di akhir surah Al-Infithor, di awal surah Al-Muthoffifin.
  3. Di akhir surah Al-Fajr, di awal surah Al-Balad.
  4. Di akhir surah Al-’Assr, di awal surah Al-Humazah.

CARA MENYAMBUNG BASMALAH DI ANTARA AWAL DAN AKHIR SURAH

Terdapat 3 jenis corak pembacaan kalimah basmalah di antara akhir dan di awal surah oleh imam Ibnu ‘Amir, Abu ‘Amru dan Warsy, iaitu :

  1. Berhenti pada setiap akhir surah dan akhir basmalah.
  2. Menyambung akhir surah degan basmalah tetapi berhenti sebelum awal surah.
  3. Menyambung ketiga-tiganya sekali.

Bab 3 : Ummul Quran


A’sim dan Kisa’e menetapkan huruf “alif” selepas huruf “mim” pada lafaz (Maaliki yaumiddin).Bagi Qurra’ yang lain membaca dengan membuang huruf “alif” pada kalimah “Maaliki”.


Adapun pada lafaz “Shirot” dan “ As-Shirot” , terdapat 3 khilaf iaitu :



  1. Rawi Qunbul An Ibnu Kathir membaca dengan “Sin” pada lafaz “Shirot” dan “As-Shirot” seperti yang terdapat dalam bait Ummul Quran yang pertama.

  2. Rawi Kholaf membaca dengan ishmam pada huruf “Shod” seperti bunyi huruf “Zai” sebagaimana huruf “Dzho’” yang dibaca oleh orang awam , pada lafaz “Shirot” dan “As-Shirot”.

  3. Rawi Khallad hanya membaca dengan ishmam pada lafaz “As-Shirot” yang pertama sahaja seperti Rawi Kholaf. Manakala pada lafaz “Shirot”, Khallad membaca tanpa ishmam seperti baki Qurra’.

A’sim dan Kisa’e menetapkan huruf “alif” selepas huruf “mim” pada lafaz (Maaliki yaumiddin).Bagi Qurra’ yang lain membaca dengan membuang huruf “alif” pada kalimah “Maaliki”.


Adapun pada lafaz “Shirot” dan “ As-Shirot”, terdapat 3 khilaf iaitu :



  1. Rawi Qunbul An Ibnu Kathir membaca dengan “Sin” pada lafaz “Shirot dan “As-Shirot” seperti yang terdapat dalam bait Ummul Quran yang pertama.

  2. Rawi Kholaf membaca dengan ishmam pada huruf “Shod” seperti bunyi huruf “Zai” sebagaimana huruf “Dzho’” yang dibaca oleh orang awam , pada lafaz “Shirot” dan “As-Shirot”.

  3. Rawi Khallad hanya membaca dengan ishmam pada lafaz “As-Shirot” yang pertama sahaja seperti Rawi Kholaf. Manakala pada lafaz “Shirot”, Khallad membaca tanpa ishmam seperti baki Qurra’.

Imam Hamzah mendhommahkan huruf “Ha’”pada 3 kalimah dibawah samada ketika wasal dan wakaf :


1. A’laihim = A’laihum


2. Ilaihim = Ilaihum


3. Ladaihim = Ladaihum


Bagi baki Qurra’, mereka akan membaca pada 3 lafaz tersebut dengan mengkasrahkan huruf “Ha’”.


Mazhab Qurra’ pada shilah mim jama’ adalah seperti berikut ;


1. Ibnu Kathir membaca shilah mim jama’ dengan kadar 2 harakat.


2. Terdapat khilaf bagi Qalun pada shilah mim jama’ iaitu ketika shilah dan sukun. Apabila ketika wasal kadar panjang mim jama’ ialah 2 harakat. Melainkan apabila selepas mim jama’ terdapat “hamzah qotho’”,Qalun akan membaca dengan kadar 2 dan 4 harakat.


3. Shilah mim jama’ bagi Warsh ialah dengan kadar 6 harakat ketika wasal sahaja, tetapi dengan syarat selepas mim jama’ terdapat “hamzah qotho’”. Apabila selepas mim jama’ terdapat huruf selain dari “hamzah qotho’ , Warsh tidak akan membaca shilah samada ketika wasal atau wakaf.


4. Baki Qurra’ mensukunkan mim jama’ selepasnya huruf berbaris qaulan waahidan ketika wasal.


Apabila datang “mim jama’” sebelum daripada huruf sukun, semua Qurra’ mendhommahkan “mim” dan ketika wasal dibaca tanpa shilah iaitu tanpa mad.


Dan apabila datang “mim” sebelum sukun dan sebelum “mim” itu huruf “ha” dan sebelum huruf “ha” itu huruf “ya’ sukun” atau huruf yang berbaris kasrah adalah seperti berikut :


1. Abu Amru Al-Massyar membaca dengan kasrahkan “mim” mengikut baris kasrah pada huruf “ha”.


2. Hamzah dan Kisa’ie membaca dengan mendhommahkan huruf “ha dan “mim”.


3. Baki Qurra’ membaca dengan kasrahkan huruf “ha” dan mendhommahkan huruf “mim”.


4. Ketika wakaf,semua Qurra’ menkasrahkan “ha’” dan mensukunkan “mim” melainkan Hamzah pada 3 kalimah iaitu :


1. (Bihimul asbab)


2. (Yuwaffiihimullah)


3. (Yauma Ya’tiihimul a’zhab)


Imam Hamzah wakaf pada 3 kalimah tersebut dengan mendhommahkan ha’” dan mensukunkan “mim”. Baki Qurra’ wakaf pada 3 kalimah tersebut dengan kasrahkan “ha dan sukunkan “mim”.


Bab 4 : Idgham Kabir

Ta’arif:
Bahasa: Memasukkan.
Istilah: Sebutan dengan 2 huruf sebagai huruf yang bertashdid.
BAHAGIAN IDGHAM
1) BESAR: Sekiranya 2 huruf yang berbaris.
2) KECIL: Sekiranya huruf pertama berbaris sukun dan huruf yang kedua berbaris.
SEBAB-SEBAB IDGHAM
1) AL-TAMASILU
2) AN-NAJANISU
3) AT-TAQARIBU
BAB IDGHAM KABIR MUTAMASILAIN
- Ibnu kathir baca izhar seperti baki qura’ yang lain.
- Idgham kabir mutamasilain pada satu kalimah selepas dua kalimah,bagi semua qura’ membaca izhar termasuk imam ibnu kathir.
- Telah berkata kaum daripada ahli Al-adak(ulama qiraat) baca izhar ل pada lafaz (ال لوط ) pada surah (الحجر،النمل،القمر )kerana lafaz ال sedikit huruf.
- Ulama muhaqqiqin memblas kata-kata ini.
- Abu Amru dan al Bazzi membaca dalam surah الطلاق dengan buang huruf ي yang selepas huruf hamzah.


- Bagi Abu Amru dan Bazzi ada dua bacaan pada dua hamzah iaitu :
# Permulaan ي yang mati bersama mad yang memanjang 6 harkaat sebelumnya.
# تسهيل (sama bunyi huruf) contoh هـ , ء yang tidak jelas , diantara mad yang 2 harkat pada AL-ALIFF yang sebelumnya.
- Wajah yang menukar hamzah ي yang mati baginya 2 wajah :
· Izhar = bagi ي mati mendatang kerana asalnya hamzah yang berbaris maka tidak idgham bagi Abu Amru dan Bazzi.
· Idgham = ي yang mati selepasnya ي yang berbaris maka idgham atas bab idgham mutamasilain soghir.
- Dua wajah ini adalah sahih bagi bacaan Abu Amru dan Bazzi

Monday, September 7, 2009

Bab 5 : Idgham Mutaqaribain Dan Mutajanisain


- Apabila berhimpun dua huruf yang hampir (Mutaqaribain) berbaris pada satu kalimah ق dalam ك , Imam Ibnu Kathir baca izhar sama seperti baki qura’ yang lain.
- Apabila bertemu dua huruf yang sama jenis (Mutajanisain) berbaris pada dua kalimah Imam Ibnu Kathir baca izhar sama seperti baki qura’ yang lain.
- apabila datang dua huruf mutaqaribani dan mutajanisani pada dua kalimah Iman Ibnu Kathir membaca izhar sama seperti qura’ yang lain.
- Perkara yang menghalang idgham mutaqaribain dan mutajasain ada 4 :
# Apabila huruf yang pertama tanwin.
# Apabila huruf yang pertama ت mukhatab.
# Apabila huruf yang pertama sukun.
# Apabila huruf yang pertama bersabdu
- Imam Ibnu Kathir membaca izhar sama seperti qura’ yang lain.

Bab 6 : Ha Kinayah

Ha’ kinayah ialah ha dhomir yang digerakkanya dengan daripada mufrad ghaib.Terbahagi kepada 4 keadaan :
i. Berada di antara huruf yang berbaris dan huruf sukun Contoh : له الملك
ii. berada di antara 2 huruf sukun contoh: منه أسمه المسيح,
iii. berada diantara 2 huruf yang berbariscontoh: لتعجل به أن علينا
iv. berada di antara huruf yang sukun dan huruf berbaris contoh: فيه هدى


Hukumnya : 1. Ibnu Kathir silah @ di mad dengan kadar 2 harkat semua.pada kalimah يؤده:

Nama-Nama Qura’ : Warash,Ibnu Kathir,Ibnu Zakuan,Hafs dan Kisai.
Jenis bacaan:kasroh ha bersama silah.

-mengambil bacaan mereka daripada berlawanan riwayat Qolun dan semua atas hasabil
mazhab pada mad munfasil dan pada ha selepasnya hamzah.
Pada kalimah فألقه اليهم Nama-Nama Qura’ : Warash,Ibnu Kathir,Ibnu Zakuan dan Kisai.Jenis Bacaan : kasrah ha bersama dengan silah.- semua mad daripadanya atas hasabil mazhab pada mad munfasil.- mengambil bacaan mereka daripada berlawanan riwayat Qolun..Pada kalimah ويتقه فأولئكNama-Nama Qura’ : Warash,Ibnu Kathir,Ibnu Zakuan dan Kholaf Kisai.Jenis Bacaan : kasroh qof dan silah ha dengan kadar 2 harkat.Pada kalimah يأته مؤمناbaki qura’ termasuk Ibnu Kathir.
Jenis bacaan : kasroh hadan silahnya dengan kadar 2 harkat.
Pada kalimah وان تشكروايرضه لكم

Baki qura’: Ibnu kathir, Ibnu Zakuan dan Kisai.
Jenis bacaan : dommah ha dan silah dengan kadar 2 harkat seperti ىرضه,لكم Pada kalimah خيرا يره شرا يرهBaki qura’ kecuali Hisyam.Jenis Bacaan:dommah ha dengan kadar 2 harkat ketika sambung dan ketika wakaf baca dengan sukun.

Pada kalimah ارجئه


Ibnu Kathir, Abu Amru, Ibnu Amir dengan tambah ء yang sukun pada lafaz ارجئه pada surah Al-A’raf dan surah As-Syura.

Dan selain daripada bacaan mereka dengan tinggalkan ء.
-Hisyam, Ibnu Kathir dan Abu Amru dengan mendommahkan ha.-Warash, Ibnu Kathir, Kisaie, Hisham mensilahkan ha dan bacaan selain daripada mereka adalah dengan tanpa silah.
-Dan kesimpulannya pada lafaz ارجئه pada surah Al-A’raf dan surah As-Syura.
-Ibnu Kathir dan Hisham dengam menambahkan hamzah sukun dan dommah ha dengan silah kadar 2 harkat.
Contoh: ارجئه,

Bab 7 : Mad Dan Qasar

Mad Pada Bahasa Ialah Menambah. Pada Istilah Pula Ialah Memanjangkan Suara Dengan Huruf Mad Apabila Bertemu Hamzah Atau Sukun.Huruf Mad Ada 3 :
1) Alif Yang Sukun Sebelumnya Huruf Berbaris Fathah
2) Wau yang Sukun Sebelumnya Huruf Berbaris Dommah
3) Ya’ Yang Sukun Sebelumnya Huruf Berbaris Kasroh( ا,و,ي )
Mad Terbahagi Kepada 2 :
1) Mad Asli
2) Mad Far'i
* Mad Asli Adalah Mad tabi'i Yang Tidak Berhimpun Sekali Dengan Hamzah Atau Sukun.Dipanjangkan Dengan Kadar 2 Harakat.
* Mad Far'i iaitu Huruf Mad Yang Berhimpun Dengan Hamzah Dan Sukun. Terbahagi Kepada 3 Bahagian :
1) Mad Al-Munfasil= Iaitu Huruf Mad Yang Berada Pada Akhir kalimah & Hamzah Pada Menjadi Huruf Yang Pertama Selepasnya. [ Huruf Mad Bertemu Dengan Hamzah Dalam 2 Kalimah ]Hukum Mad Munfasil Ini Adalah 2 harkat bagi imam ibnu kathir.

2) Mad muttasil

= iaitu huruf mad bertemu huruf mad dan huruf hamzah dalam satu kalimah.

Hukum mad muttasil wajib dipanjangkan bagi imam ibnu kathir 4 dan 5 harkat.

3) Mad badal

=dinamakan dengan mad badal kerana asalnya kalimah mempunyai 2 hamzah.
Hamzah yang pertama berbaris dan hamzah yang kedua sukun.Maka diibdalkan
hamzah yang kedua daripada hamzah yang berbaris.

hukumnya semua qurab termasuk ibnu kathir baca 2 harkat.
*MAD YANG BERTEMU DENGAN SUKUN.

Mad fari’ yang bertemu dengan huruf sukun terbahagi kepada 2?

1) Sukun asli
2) Sukun a’rid(yang mendatang)

SUKUN ASLI:Iaitu menjumpai pada ketika wasal dan waqaf adalah dengannya mad lazim(yakni mad sebelumnya sukun).

MAD LAZIM terbahagi kepada 2:

1) Mad lazim kalimi
2) Mad lazim harfi

MAD LAZIM KALIMI : Iaitu datang selepas huruf mad sukun lazim ketika sambung dan
berhenti pada kalimah yang satu dan terbahagi kepada 2:

1) Musakhkhol
2) Mukhaffaf

Musakhkhol:apabila datang selepas huruf mad,huruf mad yang bertashdid(bersabdu)

Contoh :ولاالضآلين الحآقة

Mukhaffaf : Apabila datang selepas huruf mad yang sukun sahaja pada kalimah آلآن
Pada 2 tempat dalam Surah Yunus.

Hukum mad lazim 6 harkat disisi semua qura’ termasuk Imam Ibnu Kathir ketika sambung dan berhenti.

SUKUN A’RID:sukun yang mendatang ketika waqof terbahagi kepada 2 wajah:

1) 4 harkat
2) 6harkat

Tidak disebut dengan 2 harkat kerana kesal kekeal ketika sambung dan berhenti bagi semua qurob maka ini dinamakan mad a’rid lilsukun.baginya semua qura’ baca dengan 2,4,6 harkat.


MAD LAZIM HARFI: Terbahagi kepada 2

1) Mad lazim harfi musakhkhol
2) Mad lazim harfi mukhaffaf

Mad lazim harfi musakhkhol:apa yang datang padanya selepas huruf mad huruf yang
Bersabdu.
Contohnya : الّم ,طسم

Mad lazim harfi mukhaffaf : Apa yang datang selepas huruf mad huruf yang mati sahaja.
Contoh : ن ,ق, حم

Daripada AIN 2 wajah yang panjangnya lebih afdal.
Huruf AIN pada awal surah maryam كهيعص dan awal surah As-Syura حم عسق padanya ada 2 wajah bacaan.

1) Dengan kadar 4 harkat bagi huruf ain padanya huruf lin.
2) 6 harkat,mad ini lebih afdal daripada 4 harkat bagi semua qura’ termasuk Imam Ibnu Kathir.

Pada surah طه memendekkan jika tidak ada sukun.

- sesungguhnya huruf yang sempurna(طه)iaitu ada 5 huruf jika dihimpunkan.حى طهر padanya pendek sahaja.Dengan kadar 2 harkat bagi semua qura’ termasuk Imam Ibnu Kathir kerana huruf hijaiyah daripada طه atas 2 huruf.

Pada alif daripada huruf nad yang memanjang:

- Sesungguhnya aliff pada pembukaan surah tidak panjang selamanya kerana tidak pertengahannya huruf mad.

Datang pada mim pada awal surah ال عمران daripada (الم الله) ketika sambung ada 2 wajah:

1) 6 harkat atas mad yang asal.
2) Memanjangkan dengan kadar 2 harkat bagi mim berbaris dengan fathah bertemu ro dengan 2 sukun bagi semua qura’ termasuk Imam Ibnu Kathir.

Contoh:الم احسب bagi qura’ termasuk Imam Ibnu Kathir baca dengan 6 harkat.

HUKUM MAD LIN ADA 2 BAHAGIAN:

1)Mad lin mahmuz
2)Mad lin ghoi ro mahmuz

Mad lin mahmuz:Iaitu ia datang ي @ و mati sebelumnya huruf berbaris fathah dan selepasnya huruf hamzah.

Contoh:كهيئة شيئا السوء سوءة شي ء

Pada mad lin mahmuz dengan syarat hamzah diakhir kalimah,contohnya: لسوء كهيئة دائرة . bagi Qura’ termasuk Imam Ibnu kathir ketika waqaf baginya 2 wajah:

1) Mad Ishba’(6 harkat)
2) Tawasit(4harkat)



Bab 8 : Dua Hamzah Daripada Satu Kalimah.

· Apabila bertemu 2 kalimah hamzah khoto’ pada satu kalimah hamzah yang pertama mesti berbaris fathah dan hamzah kedua
o Pada fathah : ءأنذرتهم
o Pada kasrah : أئذا
o Pada dommah : أؤنبئكم
· Pada Ahli Sama’ termasuk Imam Ibnu Kathir mentashilkan hamzah yang kedua di antara hamzah dan di antara huruf-huruf yang berbaris
o Fathah tashil di antara hamzah dengan aliff : ءأنذرتهم
o Kasrah tashil di antara hamzah dengan ya’ : أئذا
o Dommah tashil di antara hamzah dengan wau : أؤنبئكم
· Baki qura’ termasuk Ibnu Kathir pada kalimah ءاعجمى وعربى mengekalkan pada hamzah yang pertama dan tashil pada hamzah yang kedua.

- Ibnu Kathir tambah hamzah pada lafaz أذهبتم طيبتكم dengan menjadikan pada kalimah itu dengan dua hamzah iaitu أأذهبتم طيبتكم.
· Dan pada bacaan lain , Ibnu Kathir mengekalkan pada hamzah yang pertama dan tashil pada hamzah yang kedua dan pada kalimah أن يؤتى أحد مثل ما أوتيتم juga Ibnu Kathir tambah hamzah mengekalkan hamzah pertama dan tashil hamzah kedua.

- Pada kalimah قال ءامنتم له semua qura’ bersepakat termasuk Ibnu Kathir tukar hamzah ketiga aliff yang wajib padanya dan pada mad badal kemudian pada mazhabnya selepas pada hamzah yang pertama dan kedua.
· Adalah gugur qunbul pada hamzah pertama pada surah Toha آمنتم.
· Dan qunbul pada surah Al-Mulk dengan menukarkan pada hamzah yang awal dalam keadaan yang sambung pada surah Al-A’raff bersama tashil pada hamzah yang kedua.
· Apabila waqaf pada kalimah Firaun dan permulaan kalimah قال فرعون ءآمنتم mengekalkan hamzah pertama dan tashil hamzah kedua.

- Apabila jatuh hamzah wasal di antara Lam Ta’rif dan hamzah khoto’ bagi semua qura’ termasuk Ibnu Kathir tukar hamzah wasal pada huruf mad yang panjangnya 6 harkat.
· Harus tashil hamzah wasal di antara contohnya آلان.

- Masuk aliff yang dipanjangkan dengan qadar 2 harkat di antaranya 2 hamzah yang berbaris fathah dan kasrah.
- Baki qura’ termasuk Ibnu Kathir memasukkan di antara hamzah fathah dan hamzah dommah.

Bab 9 : 2 Hamzah Daripada 2 Kalimah

· Bab ini menceritakan 2 hamzah berbaris fathah dan dua hamzah berbaris dommah جاء أمرنا 2 hamzah berbaris kasrah هؤلاء ان.
o Bazzi bersepakat dengan Abu ‘Amru atas gugur hamzah yang pertama daripada 2 fathah contohnya جاء أحدكم bersamanya 2 harkat dan 4 harkat pada aliff yang sebelumnya.
o Qalun dan Bazzi pada 2 hamzah yang kasrah tashil di antara hamzah dan Ya’ contohnya هؤلاء ان .
o Qalun dan Bazzi pada hamzah yang pertama daripada 2 hamzah yang dommah tashil di antara hamzah dan wau contohnya اولياء أءلئك .
o Qalun dan Bazzi tukar hamzah yang pertama dan wau, kemudian idgham padanya wau yang pertama yang sebelumnya بالسوء الامارحم ربي . Maka jadilah kalimah sepertinya بالسوالا dan setengah yang lain tashil hamzah yang pertama di antara 4 harkat wau sebelumnya @ 2 harkat.
· Qunbul pada hamzah yang kedua daripada 2 hamzah sama baris pada harkat dari 2 kalimah pada 3 jenis yang disebut padanya 2 wajjah :
1. Mengekalkan hamzah yang pertama dan tashil hamzah kedua.
2. Mengekalkan hamzah yang pertama dan tukar hamzah yang kedua dengan huruf mad, apabila keduanya fathah tukar dengan aliff, jika kasrah hamzah keduanya tukar dengan ya’, dommah tukar dengan wau, jika selepas hamzah kedua bertemu dengan baris sukun dibaca dengan 6 harkat جاء أمرنا, jika selepas hamzah kedua bertemu huruf berbaris dibaca dengan dua harkat sahaja.
o Adapun Qunbul pada جاءءل pada yang diebut pada tiga wajjah :
1. Tashil hamzah kedua bersama pendek aliff yang selepasnya.
2. Tukar hamzah yang kedua kepada aliff di mad dengan 2 harkat @ 6 harkat.

· Huruf mad apabila terletak sebelum hamzah tidak dengan ditashil seperti mana Bazzi pada hamzah yang pertama daripada 2 baris kasrah @ 2 baris dommah, maka padanya 2 wajjah iaitu 4 harkat dan 2 harkat.
o Bazzi pada ayat حتى اذاجاء أمرنا dengan 2 wajjah iaitu 2 harkat mad munfasil bersama 2 dan 4 harkat huruf mad yang terletak pada sebelum hamzah melainkan dengan digugurkannya .
o Bazzi ada 2 wajjah pada ayat هولاء ان iaitu 2 harkat pada mad munfasil dan 4 harkat, 2 harkat huruf mad yang terketak sebelum hamzah melaikan dengan tashil pada 2 jenis sebutan.


· Ahli Sama’ termasuk Ibnu Kathir pada hukum 2 hamzah dari 2 kalimah, maka mereka mentashil hamzah yang kedua pada 2 jenis iaitu :
1. Hamzah pertama fathah hamzah kedua kasrah تفي ءالى. Tashil hamzah kedua di antara hamzah dan ya’.
2. Hamzah yang pertama fatha dan ahmzah yang kedua dommah جاء أمة. Tashil hamzah kedua di antara hamzah dan wau.
o Kemudia Ahli Sama’ termasuk Ibnu kathir tukar hamzah kedua pada 2 jenis ayat iaitu :
1. Hamzah pertama dommah dan hamzah kedua fathah السفهاء ألا .
2. Hamzah pertama kasrah dan hamzah kedua fathah من السماء او .

Bab 10 : Hamzah Mufrad

· Hamzah Mufrad ialah hamzah yang tidak berkaitan dengan hamzah yang mati.
o (يخرج منهما اللؤلؤ والمرجان)
o (كأنهم لؤلؤمكنون)
· Bagi baki qura’ termasuk Ibnu Kathir dengan mengekalkan hamzah sakin pada lafaz seperti contoh :
o (اللؤلؤ)
o (للولؤ)
· Bagi qura’ termasuk Ibnu Kathir dengan mengkalkan hamzah pada kalimah لئلا)) pada 3 contoh lafaz kalimah di bawah :
o ((لئلايكون للناس عليكم حجة
o (لئلايكون للناس عليكم حجة بعد الرسل)
o (لئلايكون يعلم أهل الكتب)

(انما النسيء زيادة في الكفر)
· Pada ayat di atas termasuk Ibnu Kathir mengekalkan hamzah pada lafaz (النسيء).
· Kaedah Mad Badal bagi semua qura’ termasuk Ibnu Kathir adalah wajib.
· Apabila telah datang 2 hamzah pada 1 kalimah dan hamzah yang ke-2 berbaris sukun , maka sesungguhnya tukar huruf mad daripada jenis harakat huruf sebelumnya.
1. Jika huruf sebelumnya berbaris fathah maka tukarkan kepada huruf aliff seperti contoh : اّدم – اّمن – اّتى
2. Jika huruf sebelumnya berbaris dommah maka tukarkan kepada huruf wau seperti contoh : وأوتوا – واوذوا
3. Jika huruf sebelumnya berbaris kasrah maka tukarkan kepada huruf ya’ seperti contoh : ايمانا – لايلاف قريش