Monday, September 7, 2009

Bab 23 : Mazhab Qura' Pada Huruf Ra

BAB MAZHAB QURA' PADA HURUF RA..



* Pendapat Warsh menyatakan pengecualian pada huruf ra’. Mazhab yang lain banyak berpendapat ramai musnad yang daif dan penyair tidak menyebutnya secara terperinci.


* Bagi semua qura’ 7,apabila datang huruf ra’ yang sukun dan sebelumnya baris bawah yang asal yang bersambung dengan kalimahnya tanpa ditebalkan. Contohnya:- فرعون - فاغفرلنا


* Apabila telah datang huruf ra’ sebelum huruf isti’la’, hendaklah menipiskannya.


Contohnya:صراط


* Pada lafaz ( فرق ) dalam surah As-Syuara’ dinipiskan terhadap kelemahan huruf isti’la’ dengan di kasrohkan dan dinipiskan dengan kaedah menebalkan huruf ra’ selepas huruf isti’la’ yang jelas berbaris bawah. Pada lafaz ( فرقة ) Kisaei mewaqafkan dengan imalah ha’ ta’nis dengan menipiskan ra’ dan menebalkannya.


* Apabila telah datang huruf ra’ berbaris bawah yang bersambung, hendaklah dimulakan dengan hamzah wasol. Warsh akan menebalkan huruf ra’ seperti Baqi qura’ termasuk imam ibnu kathir .


Contoh : امرأة


* Semua qura’ akan menebalkan huruf ra’ apabila telah datang sukun selepas baris bawah yang mendatang. Maka memulakan bacaan dengan hamzah wasol.


* Menebalkan huruf ra’ apabila bersambung dengan baris bawah.


Contoh : أن ارتبتم


* Warsh menebalkan huruf ra’ yang bersambung sebelumnya baris bawah seperti Baqi qura’. Contoh : قالت ام رأة الغزيز


* Sebahagian ahli ada’ menebalkan huruf ra’ yang selepasnya baris bawah.


Contoh : كرسيه


* Tidak di haruskan menipiskan huruf ra’ yang selepasnya baris bawah atau ya’ yang di kiaskan ke atas ra’ yang dinipiskan sebelumnya baris bawah atau ya’ yang sukun kerana kalimah ini tidak dikiaskan dalam bacaan kerana asas qiraat secara mutawatir dan talaqi yang sohih.


* Semua qura’ termasuk imam ibnu kathir bersepakat menipiskan huruf ra’ yang berbaris bawah pada permulaan kalimah.


Contohnya : رزقا


* Semua qura’ termasuk imam ibnu kathir menipiskan ra’ yang berbaris bawah yang bersambung dengan baris bawah yang mendatang.


Contohnya : وأنذر الناس


* Warsh menebalkan huruf ra’ ketika pindah pada ( وانحر ان شانئك )dan menipiskannya ketika di akhir kalimah.


Contoh: بشرى


* Ada beberapa ketika waqaf. Apabila sebelumnya baris bawah atau baris depan atau huruf wau atau huruf alif yang sukun sebelumnya baris atas dan menipiskannya pada semua keadaan ketika waqaf.


Contohnya:وانشق القمر


* Apabila sebelumnya baris bawah tanpa bersambung ( مقتدر ). Sebelum sukun tida huruf isti’la’ dan sebelumnya baris bawah atau ya’ yang sakin ( قدير ). Maka hukum ra’ ketika ini adalah dengan menipiskan ketika waqaf bagi semua qura’. Ada pun sebelum alif yang di imalahkan ( مع الأبرار ) , maka dinipiskan pada kebanyakkan alif atau ketika tiada alif. Pada lafaz ( نذر ) dinipiskan dan ditebalkan pada tempat alif dan lam atas ya’ yang dihazafkan.


* Huruf ra’pada kalimah ( مصر ) dinipis dan ditebalkan, dan ditebalkan selepas wasol. Pada huruf ra’ ( القطر ) dinipiskan dan ditebalkan, dan menebalkan apa yang dinipiskan ketika wasol.hendaklah waqaf dengan menipiskannya.


Contoh: ( والفجر )


* Apabila baris depan sebelumnya baris bawah atau ya’ sukun atau sebelumnya sukun tiada huruf isti’la’ sebelum baris bawah. Contoh: ( مستمر ).


* Warsh mewaqafkan dengan raum beserta menipiskan huruf ra’ dan selebihnya di tebalkan.


* Menipiskan huruf ra’ adalah huruf-huruf ra’ yang asal tanpa mengulangi bab ini kerana wajib dinipiskan.


No comments:

Post a Comment