Monday, September 7, 2009

Bab 25 : Waqaf Di Akhir Kalimah

BAB WAQAF DI AKHIR KALIMAH..



1) Waqaf pada bahasa ialah menahannya dari berjalan.


2) Waqaf pada istilah pula ialah memutuskan suara dari bacaan seketika sama ada untuk bernafas padanya, dengan tujuan untuk meneruskan bacaan.


3) Pada asalnya,waqaf terjadi dengan menyukunkan huruf yang akan diwaqafkan padanya.Selepas disukunkan maka hilanglah baris yang ada padanya.


4) Dan bagi Abu Amru dan Kufi( A’sim,Hamzah dan Kisae ): mazhab yang baik pada memperelokkan waqaf nya dengan Raum dan Isymam,akan tetapi mereka juga menggunakan waqaf dengan sukun seperti asalnya.


5) Kebanyakan pendapat ulama’mengatakan Qura’ yang lain menggunakan Raum dan Isymam dengan pilihan iaitu Nafi’,Ibnu Kathir dan Ibnu Amir.


* Raum bermaksud melemahkan suara pada huruf yang berbaris kasroh dan dommah sehingga hilang harakat yang asal,pada kadar 1/3 dari suara.


* Isymam pula bermaksud memuncungkan dua bibir mulut selepas menyebut huruf yang akhir pada kalimah tanpa bersuara pada huruf yang berbaris dommah sahaja.


6) Pendapat ulama’ mengatakan Raum terjadi pada kalimah yang mazmumah, marfu'ah, majrurah dan maksurah.Manakala Isymam hanya pada mazmumah dan marfu'ah.


7) Semua Qura’ tidak harus manggunakan Raum dan Isymam pada kalimah maftuhah dan mansubah,akan tetapi pendapat Imam Nawawi membolehkan penggunaan Raum dan Isymam ketika dommah,fathah dan kasroh.Walau bagaimanapun pendapat ini tidak di ambil oleh mana-mana Qura’.


No comments:

Post a Comment